EKONOMI

HWGB Biotech meterai perjanjian R&D vaksin COVID-19

18/09/2020 11:07 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Rakan usaha sama HWGB Biotech Sdn Bhd, E-MO Biology Inc (EBI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), memeterai tiga perjanjian penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin COVID-19. 

Kontrak EBI adalah dengan Dr John Andrews melalui Black Diamond Networks (perjanjian perkhidmatan profesional), Roderick A. Comunale II MD Inc dan America Diagnostic & Genescan Diagnostics Inc. 

Ketua Pegawai Eksekutif HWGB Biotech Datuk Aaron Lim berkata perjanjian itu akan membawa masuk kepakaran yang akan membantu meningkatkan ujian klinikal mengikut undang-undang AS.

“Kami berharap usaha yang membuahkan hasil daripada kerjasama dengan rakan kongsi kami.

“Masa adalah penting dalam penghasilan vaksin berdasarkan bagaimana pandemik telah menjejaskan penduduk Asia Tenggara dan ekonominya,” katanya dalam kenyataan.

HWGB Biotech adalah anak syarikat milik penuh Ho Wah Genting Bhd manakala EBI, yang diperbadankan di California, AS terlibat dalam menjalankan R&D biologi dan merupakan penaja kajian yang menunjukkan penguat vaksin polio akan mengurangkan jangkitan COVID-19 SARS-COV-2. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan