KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula dari Khamis ini hingga 18 Nov.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB itu meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB masih sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Beliau juga berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di penjara dan kuarters perumahan penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dilanjutkan selama 14 hari bermula Khamis hingga 18 Nov.
Katanya pelaksanaan PKPD di lokaliti itu kerana masih terdapat kes positif COVID-19 baharu sehingga 1 Nov lepas.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial