AM

COVID-19: WCIT di Malaysia tangguh ke 2022

20/11/2020 04:05 PM

GEORGE TOWN, 20 Nov -- Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) yang pada asalnya dijadualkan diadakan di Pulau Pinang pada September tahun ini, ditukar ke tahun 2022.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini berkata, keputusan penangguhan itu disebabkan pandemik COVID-19, selain Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, kerajaan negeri telah meminta untuk penganjuran WCIT itu ditangguhkan ke 2021, namun tahun itu telah ditetapkan untuk dianjurkan Bangladesh.

“Kepimpinan Bangladesh tidak mahu benarkan WCIT tahun hadapan diadakan di Malaysia kerana 2021 adalah ulang tahun kemerdekaan mereka ke-50, dan mereka mahu WCIT diadakan bersempena sambutan itu,” katanya selepas penutupan ‘Penang Techfest Live’ di Wisma Yeap Chor Ee di sini.

Penang Techfest Live merupakan program tiga hari dari 19 hingga 20 Nov yang diadakan sebagai program sampingan kepada WCIT Malaysia 2020.

Sementara itu Pengerusi penganjur WCIT CS Chin berharap, WCIT 2022 akan dianjurkan sebagai program hibrid yang menggabungkan acara secara fizikal dan juga maya.

“Menganjurkan Penang Techfest Live secara maya sepenuhnya adalah satu pengalaman yang bagus dan kami berharap yang kami masih boleh menggunakan elemen maya untuk capai kepada masyarakat global dan juga menganjurkan acara (WCIT) fizikal,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan