BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 EKONOMI

Untung bersih suku ketiga SCIB melonjak kepada RM12.43 Juta

27/11/2020 11:33 AM

KUALA LUMPUR, 27 Nov  -- Keuntungan bersih Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) melonjak kepada RM12.43 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 daripada RM752,000 setahun yang lepas.

Hasil pula melambung 740 peratus kepada RM183.73 juta daripada RM21.86 juta sebelumnya, dipacu terutamanya oleh segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) yang menyumbangkan RM162.11 juta atau 88.2 peratus kepada jumlah perolehan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SCIB berkata prestasi lebih baik yang ditunjukkan oleh segmen itu dibantu oleh hasil tinggi yang dijana dari rantau Timur Tengah seperti Oman dan Qatar.

Sebaliknya pula, segmen pembuatan mencatatkan hasil yang rendah sedikit iaitu RM21.62 juta dalam suku kajian berbanding RM21.78 juta suku yang sama sebelumnya dan ini disebabkan oleh jualan yang perlahan di celah kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rosland Othman berkata SCIB berhasrat untuk mengekalkan momentum ini dalam bergerak ke hadapan terutama selepas menandatangai kontrak EPCC baru-baru ini dengan nilai gabungan RM707.24 juta di Abu Dhabi, Malaysia dan Indonesia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan