AM

Sabah laksana bantuan Prihatin COVID-19 2.0 lebih RM128 juta

17/01/2021 01:00 AM

KOTA KINABALU, 16 Jan  -- Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 melibatkan peruntukan RM128.98 juta bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. 

Beliau berkata peruntukan itu diagihkan secara dua bahagian iaitu bantuan sekali bayar RM300 berjumlah RM97.4 juta melalui peruntukan kerajaan negeri dan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas melibatkan peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bernilai RM31.58 juta. 

"Bantuan sekali bayar RM300 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan eKasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porter, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja.

"Bakul makanan pula diberikan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Oktober tahun lepas, kerajaan negeri melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 berjumlah RM160 juta yang turut melibatkan bantuan sekali bayar RM300 dan bakul makanan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan