JENAYAH & MAHKAMAH

Dua beranak lemas, kereta terjunam ke dalam tasik di Bandar Baharu

22/03/2021 12:35 AM

ALOR SETAR, 21 Mac  -- Seorang wanita warga emas dan anak perempuannya lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, kira-kira 120 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Hasmah Mat Isa, 69, dan anaknya Noraiza Hashim, 28.

“Siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan pakir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik.

"Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan dengan bantuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BPP) Serdang dengan dibantu oleh BBP Selama, Perak dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani

Sementara itu,  Penolong Pengarah Bahagian Operasi  Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mayat Hasmah berjaya dibawa keluar oleh Pasukan PPDA pada 8.40 malam manakala mayat anaknya pada 8.59 malam tadi.

“Sementara kereta Proton Persona itu telah dibawa naik ke permukaan pada 11 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan