EKONOMI

Insentif pengeluaran getah diaktifkan bagi pekebun kecil Sabah dan Sarawak

02/06/2021 04:52 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jun  -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi bulan Mei 2021 di Sabah dan Sarawak.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata IPG teraktif bagi Sabah dan Sarawak, masing-masing sebanyak 0.05 sen dan 10 sen untuk setiap kilogram.

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran Mei 2021 mulai 1 hingga 30 Jun 2021, katanya dalam kenyataan hari ini.

 "Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah," kata LGM.

Pada Mei, harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ (sekerap) (50 peratus kandungan getah kering) untuk Semenanjung adalah RM2.80 sekilogram, Sabah (RM2.45 sekilogram) dan Sarawak (RM2.40 sekilogram).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan