AM

10,000 penduduk dijangka terima suntikan sempena program 'Vaksinasi Oghe Parlime Terre'

01/08/2021 05:24 PM

KOTA BHARU, 1 Ogos -- Pusat Khidmat Parlimen Ketereh menjangkakan seramai 10,000 penduduk daerah itu menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena  program 'Vaksinasi Oghe Parlime Terre' yang berlangsung selama lapan hari, mulai hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata program yang diadakan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), dekat sini, menyasarkan sebanyak 1,500 suntikan vaksin Pfizer-BioNTech  diberikan kepada penerima sehari.

"Program ini diadakan sebagai usaha untuk membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada oghe (orang) kampung khususnya kepada golongan berisiko, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU)," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu pada sidang media berhubung program berkenaan, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sistem pendaftaran penerima bagi program tersebut dilaksanakan mengikut ketetapan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) iaitu sistem line-listing melalui aplikasi Mysejahtera.

Bagaimanapun, program berkenaan tidak membuka pendaftaran secara walk-in (jumpa terus) bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

'Program Vaksinasi Oghe Parlime Terre' melibatkan seramai 40 orang terdiri daripada doktor swasta dan tenaga vaksinator yang dibawa khusus dari Kuala Lumpur, serta dibantu beberapa sukarelawan tempatan bagi membantu melancarkan program berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan