AM

Nutribah guna pertanian pintar IoT untuk tingkat kecekapan operasi

03/08/2021 02:57 AM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos -- Nutribah, sebuah pemula niaga teknologi tani tempatan dari Sabah telah menggunakan pertanian pintar berasaskan internet Pelbagai Perkara (IoT) untuk meningkatkan kecekapan operasi.

Pengarah Eksekutif, Preston Sean berkata pendekatan moden itu akan membolehkan Nutribah mengekalkan standard kebersihan yang tinggi, mengurangkan transaksi yang tidak perlu antara petani, orang tengah, peruncit dan pengguna terutama semasa pandemik COVID-19.

"Nutribah dibangunkan bagi menerajui inisiatif yang difokuskan pada penggabungan dan inovasi hasil keluararan organik termasuk sumber-sumber kami ke dalam satu platform yang menawarkan kesegaran dari ladang ke meja.

“Melalui penggunaan teknologi pertanian pintar berasaskan IoT, kami dapat memastikan tanaman kami tumbuh dan berkembang dalam persekitaran terkawal, '' katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nutribah yang ditubuhkan pada Julai 2020, bertujuan untuk menjadi syarikat yang pertama dalam membawa ketelusan serta penjejakan rantaian bekalan ke tahap baharu dengan membuat carta langsung ladang organik mereka di laman web.

Ia menawarkan pelbagai pilihan hasil pertanian organik dan ladang protein organik khusus dalam menghasilkan makanan laut yang kaya dengan protein.

Syarikat itu juga menyediakan pasaran e-dagang bersepadu untuk pelanggan mereka, yang mana pengguna boleh melayari laman web Nutribah dan memilih produk yang mereka inginkan dari keselesaan kediaman mereka sendiri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan