KUCHING, 14 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan berusia 79 tahun kerugian RM9.081 juta selepas terperdaya dengan pelaburan saham dan tawaran awam permulaan (IPO) tidak wujud menerusi sebuah aplikasi.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini berkata mangsa ditawarkan pelaburan itu oleh suspek pada Januari lepas.
“Mangsa dijanjikan pulangan keuntungan berlipat kali ganda.
“Percaya dengan tawaran itu, mangsa membuat 27 transaksi pemindahan wang ke sembilan akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan RM9.082 juta,” katanya.
Alexson berkata mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM1,000 dan sedar ditipu selepas gagal mengeluarkan wang pelaburan serta keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial