SHAH ALAM, 5 Ogos -- Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, dekat sini akan ditutup sehari esok bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.
"Pihak pengurusan PPVIN berkenaan yang membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN)," kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib ringkas ketika dihubungi pemberita menerusi WhatsApp hari ini.
Beliau turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.
Media hari ini melaporkan pekerja asing dikatakan diarah meninggalkan lokasi PPVIN di Seksyen 7, dekat sini petang Khamis selepas beratur panjang hingga ke luar kawasan pusat berkenaan untuk menerima vaksin.
Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial