KUALA LUMPUR, 16 Ogos -- Tindakan berani dua anggota polis berjaya menyelamatkan tiga sekeluarga yang berdepan detik cemas apabila hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang yang naik mendadak akibat hujan lebat ketika sedang memancing, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam kejadian pada jam 3.30 petang di tepi Jalan Kuching menghala Jalan Kinabalu itu, sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka dilaporkan terperangkap sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.
“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tindakan berani dua anggota polis berkenaan iaitu Lans Kpl Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah yang berpaut pada palang besi untuk menyelamatkan mangsa, mendapat pujian daripada netizen setelah video kejadian tular di media sosial.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial