DUNIA

29 maut nahas bas di Peru

01/09/2021 12:24 PM

LIMA, 1 Sept -- Sekurang-kurangnya 29 penumpang terkorban dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas dinaiki terjunam ke dalam gaung di tengah bandar Peru pada Selasa, menurut polis tempatan.

Kemalangan berlaku 4 pagi waktu tempatan (09:00 GMT) di kilometer 72 lebuh raya antara bandar raya Lima dengan Huanuco.

Bas malang itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh tebing sebelum terjunam 100 meter ke dalam gaung berdekatan Sungai Rimac, lapor Xinhua.

Polis sedang menyiasat punca nahas. 

Siasatan awal mendapati "kenderaan tersebut dipandu dengan laju."

Pihak berkuasa menutup lokasi kejadian untuk lalu lintas dan mereka yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan