KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya SCIB Properties Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM137 juta untuk membina perumahan penjawat awam (PPAM), menggantikan Puncak Gemilang Melati Sdn Bhd, yang pelantikannya sebagai kontraktor utama telah dibatalkan.
SCIB berkata pemaju projek PPAM di Muallim, Perak - Awana JV Suria Saga Sdn Bhd - telah membatalkan Puncak Gemilang Melati sebagai kontraktor utama dan sebaliknya melantik SCIB Properties sebagai kontraktor utama projek tersebut.
“Anggaran nilai kontrak bagi projek tersebut telah disemak semula kepada RM137 juta. Kecuali (perkara tersebut), semua terma dan syarat kontrak yang diumumkan sebelum ini adalah kekal,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pengumuman sebelumnya bertarikh 15 Mac, 2021 oleh SCIB, nilai projek tersebut dinyatakan sebanyak RM135 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial