KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) Malaysia dan empat perantis kejuruteraan tempatannya bersiap sedia untuk menghadapi perlumbaan akhir Kejohanan Endurance Dunia (WEC) 2021 di Bahrain, yang bermula hari ini hingga Sabtu.
Perlumbaan itu, yang terdiri daripada dua aksi endurance berturut-turut, sedang berlangsung di Litar Antarabangsa Bahrain.
Semua perantis TTAP akan menjadi sebahagian daripada pasukan JOTA yang bertanding untuk merebut kejuaraan WEC 2021 bagi kategori Pemandu dan Pasukan.
Baru-Baru ini, perantis terbabit terlibat dalam penempatan industri belakang tabir secara eksklusif di Kilang-Kilang McLaren dan Xtrac.
Pengarah TTAP Jazeman Jaafar dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka telah bekerja keras untuk memperoleh akses kepada McLaren serta Xtrac, dua pengeluar kereta lumba dan komponen sukan permotoran terkemuka, dan perantis mereka pastinya akan dapat menimba pengalaman berharga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial