AM

PRN Sarawak: SUPP sudah ada nama calon - Ting

05/11/2021 06:35 PM

MIRI, 5 Nov  -- Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sudah mengenal pasti nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Setiausaha Agungnya Datuk Sebastian Ting hari ini.

Ting mengakui sudah ada perbincangan yang dijalankan SUPP untuk menamakan calon yang akan diberikan mandat parti bagi bertanding dalam PRN Sarawak yang dijangka bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

“Ya, sudah ada nama calon. Tetapi biar presiden parti (Datuk Seri Dr Sim Kui Hian) (yang akan umumkan),” katanya ringkas kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika menghadiri upacara Pecah Tanah Gereja Holy Spirit Bandar Permyjaya yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin merangkap Naib Presiden SUPP.

Pada 24 Okt lepas, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.

GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada PRN Sarawak ke-11, SUPP bertanding sebanyak 13 kerusi dan memenangi tujuh kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, Batu Kawa, Batu Kitang, Simanggang, Repok, Meradong dan Piasau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan