AM

Kes baharu meningkat kepada 3,683 hari ini - KP Kesihatan

29/12/2021 08:27 PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Jangkitan harian COVID-19 dalam negara kembali meningkat ke paras 3,000 apabila 3,683 kes baharu dicatatkan hari ini berbanding 2,897 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini 2,750,516.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 56 adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala serta bergejala ringan.

“Kes harian itu melibatkan 3,444 kes tempatan dan 339 kes import. Sebanyak 288 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 162 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,322 kes dicatatkan menjadikan kumulatif pesakit pulih ialah 2,677,406.

Dr Noor Hisham juga berkata terdapat enam kluster baharu dikesan menjadikan jumlah yang masih aktif ialah 227 manakala kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini ialah 0.93 setakat semalam.

Beliau berkata tiada kes COVID-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 434 kes dan tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, sebanyak 110 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir iaitu Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) (81 kes), penyakit kulit (16) dan Gastroenteritis Akut (AGE) (13).

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan