KUALA LUMPUR, 17 Jan -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyelesaikan lelongan pertamanya tahun ini dengan penerbitan semula sukuk jangka pendek berkadar "A-1" dengan agregat US$1 bilion, masing-masing sebanyak satu, tiga dan enam bulan.
IILM berkata ketiga-tiga siri itu berharga kompetitif pada 0.22 peratus untuk US$350 juta bagi tempoh satu bulan; 0.33 peratus untuk US$450 juta selama tiga bulan dan 0.50 peratus untuk US$200 juta bertempoh enam bulan.
"Terbitan ini merupakan sebahagian daripada program terbitan jangka pendek A-1 IILM bernilai US$3.51 bilion.
"Lelongan ini mendapat permintaan yang menggalakkan daripada peniaga utama dan pelabur dengan gabungan tempahan dalam tangan berjumlah US$1.54 bilion, mewakili nisbah terlebih langganan purata sebanyak 1.54 kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif IILM Umar Oseni berkata memandangkan permintaan untuk kertas Islam IILM terus berkembang, "IILM akan berusaha bagi memenuhi keperluan pelabur dengan rancangan untuk menerbitkan sukuk jangka pendek lebih daripada US$1 bilion pada setiap bulan, sepanjang tahun."
IILM adalah penerbit tetap sukuk jangka pendek merentasi pelbagai prinsip dan jumlah untuk memenuhi keperluan kecairan institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam. Program sukūk jangka pendek IILM diberi penarafan A-1 oleh S&P.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial