AM

Harjeet Singh dilantik KSU KKM

11/04/2022 11:20 AM

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan (KKM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Sebelum pelantikan itu, Harjeet Singh, 59, adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata Harjeet Singh mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia, dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menerajui KKM untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas sejajar dengan slogan Kementerian ‘Kami Sedia Membantu’," kata Mohd Zuki.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat, Harjeet Singh telah berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam dengan menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan