EKONOMI

Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior RM1.5 bilion

12/05/2022 11:48 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM1.5 bilion melalui syarikat tujuan khas Imtiaz Sukuk II Berhad.

Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini berkata, terbitan itu dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 21 April, 2022 di bawah program Sukuk Wakalah sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Bhd.

Menurutnya terbitan tersebut merangkumi dwi-tranche iaitu RM700 juta untuk tempoh lima tahun dan RM800 juta bagi tempoh tujuh tahun yang diterbitkan pada 12 Mei.

“Hasil yang terkumpul daripada terbitan itu akan dimanfaatkan bagi tujuan keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am,” katanya.

Bank Rakyat turut berjaya mengumpul permintaan yang baik bagi Sukuk Wakalah Senior dengan nisbah bida kepada perlindungan sebanyak 1.30 kali daripada jumlah akhir terbitan.

Ia telah melantik Maybank Investment Bank Bhd, RHB Investment Bank Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd sebagai pengurus utama bersama dan pengatur utama bagi program Sukuk Wakalah tersebut.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan