KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pasukhas Group Bhd, Pasukhas Sdn Bhd menerima surat lantikan daripada Exyte Malaysia Sdn Bhd (EMSB) untuk kerja-kerja pembinaan gudang di Kulim, Kedah bernilai RM31.16 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, kerja tersebut melibatkan fasa pertama projek AT&S dan berkaitan dengan substruktur dan superstrukturnya daripada tahap pertama sehingga ketiga.
AT&S yang berpangkalan di Austria merupakan peneraju pembuatan global bagi papan litar tercetak (PCB) dan substrat litar bersepadu (IC) mewah.
Lokasi baharunya di TamanTeknologi Tinggi Kulim, Kedah akan menghasilkan PCB dan substrat IC mewah, melibatkan cadangan pelaburan keseluruhan bernilai RM8.5 bilion dan akan mewujudkan 5,000 pekerjaan berteknologi tinggi dan berimpak tinggi.
Menurut kenyataan itu, pembinaan tersebut akan bermula pada 6 Jun, 2022 dan dijangka selesai pada suku pertama 2023.
Pasukhas berkata lantikan tersebut adalah seiring dengan pengembangan perniagaan kumpulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial