EKONOMI

Affin naikkan kadar rujukan sebanyak 25 bps

06/07/2022 11:01 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank akan menyemak semula kadar rujukan pinjaman/pembiayaan mereka sebanyak 25 mata asas (bps) atau 0.25 peratus, berkuat kuasa 8 Julai 2022.

Menurut Affin Bank, ini berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus daripada 2.00 peratus pada Rabu (6 Julai 2022).

“Selari dengan perubahan tersebut, Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka Affin Islamic juga akan turut dinaikkan berkuat kuasa 8 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan