DUNIA

Malaysia rakam ucapan takziah atas kematian Shinzo Abe

08/07/2022 07:50 PM

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas kematian bekas Perdana Menteri Shinzo Abe. 

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucap takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun, dan keluarga bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifudin berkata Abe adalah seorang pemimpin ikonik dan akan senantiasa dikenang atas sumbangannya kepada pembangunan ekonomi Jepun melalui "Abenomics".

“Beliau juga telah memberi sumbangan besar kepada Dasar Pandang Ke Timur Malaysia, baru-baru ini, beliau mewakili kerajaan Jepun sebagai Utusan Khas Perdana Menteri Jepun sempena ulang tahun ke-40 dasar itu, di Kuala Lumpur,” katanya.

Abe berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali - pertama pada 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020. Beliau juga perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat.

Ketika menjadi Perdana Menteri, Abe pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali dan memainkan peranan penting dalam memajukan serta mempelbagaikan hubungan dua hala dengan Malaysia.

“Legasi dan sumbangan Abe akan senantiasa dikenang,” katanya.

Abe, 67, ditembak ketika sedang berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara dan penyerang sudah ditahan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan