AM

Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan kepada Shinzo Abe

13/07/2022 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meninggal dunia pada Jumaat.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah hadir di kediaman rasmi Duta Besar Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi pada 3.52 petang.

Perdana Menteri turut yakin hubungan diplomatik kedua-dua negara sepanjang pentadbiran Abe akan diteruskan, terutama menjelang sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur, menurutnya.

Abe, 67, disahkan meninggal dunia pada 5.03 petang waktu tempatan (0803GMT) selepas ditembak ketika berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara.

Mendiang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali - pertama pada 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020, selain merupakan perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan