EKONOMI

IJM Land, RHB Bank perkenal skim beli semula kepada pembeli rumah

21/07/2022 07:55 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- IJM Land membentuk kerjasama strategik dengan RHB Bank Bhd untuk mewujudkan skim beli semula kepada pembeli rumah dan pemilik rumah. 

Skim itu, yang dinamakan SWITCH, menjadi penyelesaian kewangan yang inovatif pertama dalam industri hartanah. 

Menurut IJM Land dalam kenyataan, Skim SWITCH akan membenarkan pemilik rumah memulangkan hartanah mereka kepada pemaju sekiranya berlaku pengangguran yang tidak dirancang oleh majikan mereka dalam tempoh perlindungan, dari tarikh perjanjian jual beli dan sehingga tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan siap dan pematuhan.

Dua projek oleh IJM Land, Savvy @ Riana Dutamas KL dan Duta Perintis Apartments @ Bandar Alam Suria, akan memulakan skim perintis itu.

Maklumat lanjut, boleh layari laman webnya di www.ijmland.com.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan