BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 AM

Pemasangan papan tanda mudahkan masyarakat kenali Jambatan Victoria

14/08/2022 04:29 PM

KUALA KANGSAR, 14 Ogos (Bernama) -- Pemasangan papan tanda kedua di Jambatan Victoria di sini, adalah inisiatif bagi memudahkan masyarakat mendapat maklumat khusus berkaitan tapak sejarah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya Shahrom Ahmad berkata pemasangan papan tanda itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) serta penduduk Kampung Seberang Karai.

“Papan tanda ini berfungsi membantu pengunjung dan masyarakat tempatan dari arah Kampung Seberang Karai untuk melihat sendiri kesan dan tapak sejarah Jambatan Victoria semasa Perang Dunia Kedua dan zaman darurat,” katanya selepas program pemasangan papan tanda tersebut sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Beliau berkata pihaknya juga melawat sudut klasik yang dibina penduduk Kampung Seberang Karai di bawah jambatan berkenaan bertujuan menarik kedatangan pengunjung.

Jambatan Victoria atau dikenali sebagai Jambatan Enggor dibina sekitar tahun 1897 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Perak ke-28 Sultan Idris Shah pada 1900.

Jambatan tersebut merupakan antara lokasi laluan kereta api yang menjadi penghubung kawasan utara dengan selatan Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan