DUNIA

Saudi Aramco: Untung bersih pada suku kedua pecah rekod

15/08/2022 03:07 PM

RIYADH, 15 Ogos (Bernama) -- Syarikat minyak gergasi Saudi Aramco pada Ahad mengumumkan keuntungan bersih pada suku kedua meningkat 90 peratus tahun ke tahun kepada US$48.4 bilion, catatan rekod suku tahunan baharu bagi syarikat itu sejak tawaran awam dibuka pada 2019, lapor Xinhua.

Harga minyak semakin meningkat, jumlah penjualan dan margin penapisan, pendapatan bersih untuk setengah tahun Aramco juga mencapai paras tertinggi iaitu US$87.9 bilion, meningkat daripada US$47.2 bilion pada tahun sebelumnya, menurut laporan kewangan yang dikeluarkan syarikat itu.

 Syarikat itu memaklumkan dividen sebanyak US$18.8 bilion akan dibayar pada suku ketiga, lapor Agensi Akhbar Saudi.

 Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aramco Amin H Nasser berkata keuntungan yang direkodkan pada suku kedua mencerminkan peningkatan permintaan produk syarikat.

Walaupun berdepan tekanan ekonomi yang merudum berdasarkan ramalan global jangka pendek, Nasser berkata permintaan untuk minyak dijangka terus meningkat sepanjang dekad ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan