BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 EKONOMI

AAB akan bayar RM8 juta kepada AAX bagi perjanjian pajakan tambahan pesawat

17/08/2022 12:55 AM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- AirAsia Bhd (AAB), anak syarikat milik penuh Capital A Bhd telah menandatangani perjanjian pajakan tambahan pesawat dengan AirAsia X Bhd (AAX).

Perjanjian pajakan bertarikh 22 Jun, 2022 itu melibatkan sebuah Airbus A330-343 berserta kru, penyelenggaraan dan insurans oleh AAX kepada AAB.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Capital A berkata pertambahan itu termasuk meminda tempoh pajakan kepada 1 Julai hingga 31 Ogos, 2022 daripada 1 Julai hingga 30 Sept, 2022, terma pembayaran dan program penerbangan tambahan.

Capital A berkata di bawah perjanjian itu, AAB akan membayar US$1.80 juta (RM8.02 juta), tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada AAX.

“Berikutan AAB bercadang untuk menambah kapasiti tempat duduk di seluruh pasaran bagi memenuhi pemulihan pasca COVID-19 yang semakin meningkat dari segi permintaan penumpang, pajakan pesawat AAX yang tersedia akan membolehkan AAB meningkatkan kapasiti tempat duduk di laluan utama, serta berperanan sebagai kapasiti simpanan ketika musim perayaan dan perjalanan pada waktu puncak,” katanya.

Capital A berkata, transaksi itu tidak akan memberi sebarang impak kewangan penting kepada kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 atau memberi sebarang kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam syarikat.

“Ia juga dijangka tidak memberi kesan penting kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan tahap kadar hutang kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan