KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Selepas membantu trio compound lelaki negara merangkul emas, pemanah berpengalaman Mohd Juwaidi Mazuki menambah kilauan pingat selepas merangkul gangsa bagi acara compound berpasukan campuran di temasya Sukan Perpaduan Islam 2021 di Konya, Turkiye.
Mohd Juwaidi, yang bergandingan dengan Nur Aina Yasmine Halim, menang tipis 153-152 ke atas pasangan Indonesia, Hendika Pratama Putra-Ratih Zilizati Fadhly.
Pasangan tuan rumah Yesim Bostan Ucar-Haney Emircan pula merangkul emas apabila mengatasi gandingan Iran, Amir Kazempour-Geesa Bybordy, 156-149.
Awal hari ini, Mohd Juwaidi yang membentuk pasukan bersama Eugene Loh dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli menumpaskan Indonesia, yang mempertaruhkan Deki Adika Hastian, Hendika Pratama Putra dan Prima Wisnu Wardhana, 229-228, untuk meraih emas acara compound berpasukan lelaki.
Edisi kelima temasya sukan itu yang membuka tirai secara rasmi pada 9 Ogos lepas dijadual berakhir esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial