WASHINGTON, 12 Mei (Bernama-Anadolu) -- Seorang pegawai Pentagon pada Selasa memaklumkan bahawa peperangan dengan Iran meyebabkan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir US$29 bilion sejak ia bermula pada 28 Feb, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Kami berpendapat ia menghampiri US$29 bilion disebabkan oleh kos pembaikan dan penggantian peralatan yang dikemas kini, serta kos operasi am untuk mengekalkan anggota di medan,” kata Jules Jay Hurst, Setiausaha Rendah Pertahanan merangkap Pengawal Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan Pertahanan AS, semasa memberi keterangan di hadapan jawatankuasa kecil Peruntukan Dewan Perwakilan.
Bulan lalu, Hurst menyatakan AS membelanjakan kira-kira US$25 bilion untuk peperangan menentang Iran.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial