KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pemain automotif berharap Bajet 2023 kali ini akan menyambung pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV).
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata persatuan itu menghargai usaha kerajaan untuk menyokong pasaran EV tetapi menamatkan beberapa insentif semasa pada 2023 adalah terlalu awal.
"Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi unit siap dibina (CBU) EV sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuhan EV di Malaysia.
"Kami berharap akan ada insentif sehingga 10 tahun," katanya kepada Bernama.
Walaupun usaha untuk memasang EV sepenuhnya (CKD) mungkin sedang berjalan, angka jualan EV daripada unit CBU mula mencerminkan kenaikan pada tahun ini apabila insentif yang diperkenalkan semasa Bajet 2022 mula memberikan impak.
Hanya 274 unit EV baharu didaftarkan pada 2021, daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 508,911 unit.
Sebelum ini, Bajet 2022 menawarkan pengecualian duti import dan eksais sebanyak 100 peratus serta cukai jalan sifar bagi EV CBU sehingga 31 Dis 2023 dan pengecualian duti 100 peratus untuk EV CKD sehingga penghung tahun 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial