AM

JAWI saran solat Jenazah Ghaib buat Al-qaradawi malam ini

27/09/2022 06:59 PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini menyarankan masjid, surau Jumaat serta surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Jenazah Ghaib selepas solat Isyak malam ini, untuk mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan bagi ulama tersohor, Allahyarham Profesor Dr Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi.

Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata pemergian Al-Qaradawi, 96, adalah suatu kehilangan yang besar kepada dunia Islam khususnya bagi umat Islam di Malaysia di atas sumbangan khazanah ilmu yang tidak terhitung nilainya kepada ummah. 

“Kami mendoakan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan para anbia dan solihin,” katanya.

Al-Qaradawi dilahirkan di Mesir, namun Allahyarham menghabiskan hampir seluruh hayatnya di Qatar.

Allahyarham meninggal dunia di Doha semalam,

Sementara itu kerajaan Negeri PULAU PINANG turut menyeru semua masjid dan surau di negeri itu untuk mengadakan solat jenazah ghaib ke atas Allahyarham.

Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata solat jenazah ghaib itu diadakan khusus sebagai penghormatan terakhir kepada Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.

"Syeikh Yusuf Al-Qaradawi merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada umat Islam khusus dalam pembangunan pendidikan, kerohanian dan dakwah," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan