JOHOR BAHRU, 7 Okt (Bernama) -- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kluang dan Pontian sejak Ahad lepas akibat banjir kilat, ditutup hari ini selepas air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau di Kluang yang sebelum ini menempatkan 10 mangsa dari Kampung Sungai Linau, ditutup pada 10 pagi tadi.
“SK Seri Anom di Pontian pula ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi setelah dibuka pada Rabu lepas bagi menempatkan penduduk sekitar Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial