AM

Hannah Ucap Tahniah Kepada Thiyagaraj Dilantik Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

29/06/2026 09:46 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada bekas pegawai Jabatan Penjara Malaysia S. Thiyagaraj atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Hannah dalam satu kenyataan berkata beliau berharap Thiyagaraj dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi demi kepentingan warga kota.

“Selamat menjalankan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen.

“Saya juga yakin beliau akan memainkan peranan yang sewajarnya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Datuk Bandar demi kepentingan warga kota,” katanya yang sebelum itu menyaksikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud menyampaikan watikah pelantikan kepada Thiyagaraj.

Beliau berkata Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Datuk Bandar dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan pentadbiran serta pembangunan Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, katanya, setiap ahli lembaga memikul tanggungjawab yang besar dalam membantu memperkukuh tadbir urus bandar raya yang lebih cekap, telus dan responsif terhadap keperluan rakyat.  

Hannah berkata Thiyagaraj sebelum ini berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia dari 2005 hingga 2023 termasuk sebagai Penolong Penguasa Penjara di Unit Teknikal Risikan dan Siasatan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan