SUKAN

Perak selangkah lakar hatrik Piala Tun Abdul Razak

15/10/2022 11:26 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Perak hanya selangkah lagi memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2022 selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pada saingan separuh akhir, anak buah S. Jagatheesan membuka tirai jaringan menerusi pukulan penalti Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan pada minit keenam.

Bagaimanapun, Melaka menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Muhammad Nur Asyraf Ishak pada minit ke-32.

Saiful Sharil Saiful Bahri menoktahkan kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada suku terakhir perlawanan.

Juara bertahan edisi lepas itu pernah merangkul kejuaraan sebanyak 11 kali iaitu pada edisi 1966, 1973, 1985, 1987, 1992, 2013, 2014, 2017, 2018 dan 2020. 

Perak bakal membuat perhitungan juara dengan Pahang yang mengecewakan Johor 2-1.

Sementara itu, skuad hoki wanita Melaka bakal membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi final. Terdahulu, Melaka menewaskan Pulau Pinang 4-1 manakala Selangor menundukkan Pahang 2-1.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan