AM

Ramalan hujan, ribut petir sepanjang hari esok

04/11/2022 06:46 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepanjang hari esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hujan diramalkan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala di Sabah melibatkan pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan pada sebelah pagi.

Cuaca juga diramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, Pantai Barat Sabah dan di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit.

Di Semenanjung, ribut petir diramalkan pada sebelah petang di beberapa tempat di seluruh negeri manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Di Sarawak ribut petir turut melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, pada sebelah petang.

Pada sebelah malam, ribut petir diramalkan di beberapa tempat di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman dan Labuan.

SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pula pada 15 Nov.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan