JENAYAH & MAHKAMAH

Sebanyak 3,483 laporan polis diterima berkaitan PRU15

22/11/2022 01:51 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh bermula 4 Nov hingga semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 453, diikuti Selangor (449), Pahang (433), Kelantan (432); Perak (335) serta Johor (304).

 Sebanyak 236 laporan pula diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (224); Perlis (214);  Sabah (120); Sarawak (88); Pulau Pinang (85); Terengganu (63) dan Melaka (47), katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka, 180 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dengan enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman.

Sementara itu, Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata semalam, enam kertas siasatan telah dibuka melibatkan dua di Kelantan dan masing-masing satu di Perak, Melaka, Johor dan Sabah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan