AM

Polis sahkan air pasang sebabkan banjir di Muar pagi tadi

23/11/2022 06:50 PM

MUAR, 23 Nov (Bernama) -- Polis hari ini mengesahkan berlakunya satu fenomena air pasang sebagaimana video tular yang menyebabkan banjir di Kampung Parit Kedondong Laut, Parit Jawa, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata bagaimanapun kejadian banjir pada 8 pagi yang mengakibatkan banjir kilat di kawasan dalam radius dua meter dari laut itu, sudahpun surut selepas dua jam iaitu pada 10 pagi tadi.

Beliau berkata video berdurasi 43 saat yang mendakwa beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air itu tular pagi tadi.

“Video berkenaan mula dikesan di media sosial pada pukul 10 pagi.., dan pihak polis bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penghulu bergegas ke Kampung Parit Kedondong Laut, Parit Jawa, namun tiada sebarang perpindahan penduduk akibat fenomena ini,” dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata polis dan APM sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi segala jua kejadian dan bencana serta memberi bantuan yang diperlukan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan