BERITA PRU15   PH tidak letak syarat bentuk kerajaan negeri - Wan Rosdy | PRU15 Padang Serai: Calon BN teruskan kempen | DUN Tioman: Masyarakat Orang Asli harap masalah air diselesaikan | DUN Tioman: Calon BN bertemu calon PH, bincang strategi kempen | Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan ‘kerajaan zina’ | 
AM

PM Anwar berpandangan hubungan Malaysia-Filipina dapat ditingkatkan

25/11/2022 06:22 PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Berdasarkan interaksi diplomatik dan hubungan peribadi yang telah lama terjalin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau melihat kewujudan kerjasama rapat dengan Presiden Filipina Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr, bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Filipina.

Dalam tweetnya bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Marcos kerana membuat panggilan telefon dan ucap selamat kepadanya, Anwar berkata Malaysia dan Filipina sentiasa memiliki kerjasama yang kukuh dalam forum dua hala, serantau dan pelbagai hala.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam.

Marcos menerusi twitter telah menyampaikan ucapan tahniah secara peribadi dan rasmi kepada Anwar atas pelantikannya sebagai perdana menteri.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan baik saya @anwaribrahim atas pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya mengharapkan kepimpinan beliau akan membawa kestabilan kepada Malaysia dan rantau ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan