SUKAN

Piala Dunia: Tunisia tewas 0-1 di tangan Australia dalam perlawanan Kumpulan D

26/11/2022 11:38 PM

DOHA, 26 Nov (Bernama) -- Tandukan Mitchell Duke membantu Australia menundukkan Tunisia 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2022 di sini pada Sabtu.

Kembali ke Stadium Al Janoub selepas kecundang 4-1 ketika bertemu juara bertahan Perancis, pasukan yang dikenali dengan Socceroos itu cuba mengasak pihak lawan pada awal perlawanan.

Tandukan jarak dekat Duke membolosi gawang lawan pada minit ke-23.  

Tunisia yang ketinggalan cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun rembatan Mohamed Drager pada minit ke-41 berjaya ditepis pemain pertahanan lawan Thomas Deng.

Sebaik babak kedua bermula, Tunisia terus mengasak dan hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi percubaan Ferjani Sassi dan kapten pasukan Youssef Msakni pada minit ke-61 dan ke-71, lapor Xinhua.

Tunisia sebelum ini seri tanpa jaringan ketika menentang Denmark awal minggu ini dan meletakkan harapan untuk layak ke peringkat kalah mati. 

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Rabu, Tunisia dicabar Perancis di Stadium Education City manakala Australia bertemu Denmark di Stadium Al Janoub.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan