AM

Maklumat tular mengenai kenaikan gaji PDRM adalah palsu - JPM

30/11/2022 03:54 PM

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk 'PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat'.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu.

Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

"Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan