DUNIA

Bank Pusat Thailand umum kenaikan kadar dasar buat kali ketiga

30/11/2022 08:19 PM

BANGKOK, 30 Nov (Bernama) -- Bank pusat Thailand pada Rabu menaikkan kadar dasar utamanya buat kali ketiga berturut-turut, iaitu sebanyak 0.25 mata peratus, bagi mengimbangi usaha mengurangkan inflasi dan menyokong pertumbuhan ekonomi, lapor Xinhua.

Jawatankuasa dasar monetari Bank of Thailand (BOT) mengundi sebulat suara untuk menaikkan kadar dasar daripada 1 peratus kepada 1.25 peratus, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas kenaikan kadar 0.25 mata peratus masing-masing pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 28 Sept dan 10 Ogos, kenaikan kadar pertama sejak lewat 2018.

Kenaikan kadar pada Rabu itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, menjadikannya kadar dasar utama pada paras tertinggi sejak Februari 2020.

Pemulihan ekonomi Thailand terus terkawal, dengan pelancongan serta penggunaan swasta kekal sebagai pemacu utama ekonomi manakala sistem kewangan berdaya tahan, namun inflasi utama dijangka lebih tinggi berbanding unjuran sebelumnya untuk 2023 disebabkan oleh harga tenaga domestik, kata BOT dalam kenyataan di laman webnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan