AM

Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri

01/12/2022 04:54 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan). 

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan. 

“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 kilometer sejam (kmsj) dan 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan.

“Bagi aktiviti perkapalan, angin kencang timur laut (kategori pertama) juga turut dijangka mencapai berkelajuan dan ketinggian ombak yang sama di kawasan perairan Samui, utara Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan sepanjang tempoh sama,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan