BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

APMM tahan enam pendatang asing kendali bot nelayan tempatan

05/12/2022 07:01 PM

GEORGE TOWN, 5 Dis (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan enam pendatang asing yang mengendalikan bot nelayan tempatan di kedudukan 42 batu nautika barat Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Pengarahnya Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata bot nelayan kelas C itu dikesan pada 12 tengah hari oleh anggota APMM yang melakukan rondaan di perairan itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan lima lelaki warga Myanmar dan seorang tekong warga Thailand kesemuanya berusia antara 23 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya kesemua lelaki dan bot termasuk hasil laut sebanyak 500 kilogram dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan