AM

PM ucap takziah kepada Muhyiddin

06/12/2022 09:02 PM

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abang Pengerusi Perikatan Nasional itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, pada 9.50 pagi tadi.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Abdul Aziz, yang dilahirkan di Muar pada 27 Okt 1932, meninggal dunia pada usia 90 tahun dan jenazah beliau akan dimandi serta disolatkan di Masjid Muadz Ibn Jabbal, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak petang ini.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-9.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Muar dari 1993 hingga 1995.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan