EKONOMI

Rafizi gariskan beberapa keutamaan pada minggu pertama sebagai Menteri

08/12/2022 01:55 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Rafizi Ramli hari ini menggariskan beberapa keutamaan pada minggu pertama bagi kementerian yang diterajuinya.

Beliau berkata perkara pertama ialah mengenali dengan dekat semua pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi, yang merupakan pasukannya dan nadi untuk memperbaiki ekonomi negara.

Menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini, katanya keutamaan lain ialah mendalami kedudukan ekonomi semasa dan unjurannya.

Selain itu, katanya beliau akan turut menyusun perancangan kementerian untuk tempoh enam bulan dan menyusun program yang berimpak besar dengan cepat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan