AM

Tanah runtuh: KPWKM pastikan kelengkapan diperlukan mangsa mencukupi

16/12/2022 04:50 PM

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan segala kelengkapan yang diperlukan oleh mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan ​di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi tadi adalah mencukupi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalannya, Aiman Athirah Sabu, telah diarah untuk mengendalikan perkara itu.

"Saya berasa amat sedih apabila mendapat tahu tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pagi tadi.

"Kementerian bersedia untuk menyediakan apa-apa bantuan dan keperluan kepada mangsa. Semoga dugaan ini dihadapi dengan tabah oleh keluarga mangsa," katanya.

Setakat 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang telah terkorban dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi itu manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan