EKONOMI

KWSP buka semula cawangan Jerteh, Kuala Krai selepas banjir surut

20/12/2022 10:42 AM

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka semula cawangannya di Jerteh, Terengganu, dan Kuala Krai, Kelantan, bermula hari ini  berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang telah surut.

“KWSP ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

“Walaupun situasi banjir di daerah yang terkesan menunjukkan tanda pulih, KWSP ingin menasihati ahli untuk terus berhati-hati dan berwaspada,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua cawangan berkenaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu semalam berikutan banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan