AM

Bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir mulai pulih - TNB

21/12/2022 11:01 AM

KUALA TERENGGANU, 21 Dis (Bernama) -- Beberapa kawasan di lima daerah terjejas banjir kembali menerima bekalan elektrik bermula 1 pagi tadi. 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebooknya TNB Careline memaklumkan kawasan tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Berang, Besut dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah di Dungun.

“Namun, terdapat penambahan penutupan bekalan bagi beberapa kawasan di Dungun disebabkan hujan lebat dan banjir,” menurut kenyataan itu.

Menurut TNB usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan