KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia diharap akan terus memberi sokongan kepada industri filem tempatan termasuk filem animasi seperti Mechamato Movie, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata Mechamato Movie merupakan antara filem animasi yang mampu mencuit setiap hati penonton.
“Mechamato juga boleh dilihat segenap lapisan masyarakat dan kreativiti watak serta jalan cerita yang menarik,” kata Fahmi menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak atas kejayaan mengeluarkan filem animasi yang terbaik untuk industri tempatan.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata hari ini beliau menghadiri tayangan amal Mechamato Movie bersama warga Lembah Pantai di kompleks beli-belah Mid Valley.
Disember lepas, Bernama melaporkan Mechamato Movie, filem animasi 3D keluaran tempatan telah berjaya meraih kutipan RM1.1 juta pada hari pertama tayangannya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial